Aku hendak memulakan perniagaan tetapi apa perniagaan yang hendak aku lakukan,melihat sekeliling aku macam-macam perniagaan yang telah semua orang buat dan lakukan lantas apa yang dapat aku buat lagi,kalau hendak membuat perniagaan yang sedia ada terfikir juga aku tentang istilah persaingan,siapa yang terbaik atau terdahulu dalam melakukan perniagaan tersebut.Hingga ke saat ni aku masih lagi tercari-cari apa perniagaan yang sesuai dan membuat beberapa analisins teknikal dan teori berkaitan,tapi takkanlah bertahun tahun nak menunggu analisis teknikal dan bersandar pada teori sahaja,aplikasi harus dilakukan.
Dalam keluarga aku,hanya sebelah emak aku sahaja iaitu Allahyarham Pakcik ramli aku yang ada berniaga iaitu berniaga kedai runcit.Ikut cerita dari tahun 1970an mula berniaga hinggalah dalam pertengahan 1990an,kira pencenlah.Perniagaan sekitar runcit di kawasan kampung ,dkat area skudai kanan di Johor Bahru .Tapi tempat tu sekarang takde lagilah,dah dibangunkan menjadi apa aku pun tak tahu sebab lama sangat dah aku tak ke JB.
Kesimpulannya aku memang tyak ada pendedahan lain dalam dunia perniagaan,nenek nenek aku(adik datuk akulah) yang berniaga pun berniaga kain ,aiskrim dari rumah ataupun berniaga durian bila musim durian tiba dan industri hiliran durian macam tempoyak dan gula durian.lain dari tu tak ada.Sepupu bapa aku ,Ngah Salwi ada bengkel sendiri dan dari kecil aku minat juga diorang ni mengusahakan bengkel.Dari welding pagar hingga membaiki kereta.
Minat jugak aku bila melihat situasi ni dan aku pun teringin nak masuk ke sekolah vokasional,namun Idea dan pemikiran orang tua memang tak sama dengan kita,aku diharapkan agar masuk universiti,berjaya dan kerja bertali leher di pejabat..itu konsep berjaya yang difikirkan oleh sesetengah orang.Dan aku pun menjadi seperti yang dikehendakki tapi aku masih melihat lihat sekeliling aku .ada orang berjaya lebih dari aku dan aku pun ada potensi untuk membuatnya.Orang boleh buat kita pun boleh buat...
Wednesday, March 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment