Thursday, September 6, 2007

Blog baru lagi

Aku buat satu blog baru lagi,termasuk ni mungkin blog aku yang ke 3 atau keempat,tapi kebiasannya blog aki ni memang lain dari blog yang sebelumnya yang ada isi kandungannya tersendiri.satu tentang sarawak tanah airku,satu lagi tentang dunia dua roda ..motorsikallah which is my enthusiast, dan satu lagi tentang duniea kepenulisan..mungkin akan ada lagi blog blog lain yang berkaitan tema-tema lain satu hari lagi.

Tapi nak buat banyak blog ni samalah seperti banyak rumah atau nbanyak kereta yang memang perlu di maintenance dan sentiasa diperbaharui dan diperbetulkan,tapi itu adalah faktanya..

Tentang blog ini pula adalah blog yang berkaitan perniagaan atau kata orang putihnya bisnes dan berbicara tentang bisnes memang banyak bisnes ada di sekitar kita dan terlalu banyak ingin dicari diperolehi dan dikongsikan.Tetapi apa perniagaan yang harus dibincangkan? terlalu banyak yang ingin diketahui dipelajari dan dibincangkan.

Seperti kata pantun melayu,saya budak baru belajar barang yang silap harap tunjukkan,begitu banyak blog dan laman web yang membincangkan tentang perniagaan baik dari segi perniagaan konvensional,online,mlm dan sebagainya.Semua yang ada itu kadang kadang ada yang mempromosikan perniagaan mereka dan menjual produk hingga mereka yang inign mencari maklumat tenntang usahawan dan ingin menjdai usahawan rasa terkecewa,termasuklah saya juga.

Jadi untuk peringatan kepada diri saya sendiri,saya membuat satu blog yang khas dibuat mengenai perniagaan yang mengikut pandangan,penelitian pengamatan dari diri saya sendiri dan semuanya itu dicantumkan untuk kegunaan saya atau kepada sesiapa sahaja yang membaca blog saya ini.

No comments: